Tiba di Kansai International Airport Osaka jam 7.25 pagi waktu tempatan. Semasa penerbangan berbual dengan seorang wanita berbangsa Jepun yang telah tinggal di Malaysia selama 15 tahun. Duduk di kawasan elit Mont Kiara. Dengan sikap ingin menolong dia terus membawa saya dan suami ke tempat jualan tiket bas ke Tukoshima. Tiket dari Kansai ke Tukoshima 4000yen (RM146.00 ) seorang. Seterusnya beliau menunjukkan kepada kami tempat menunggu bas yang sungguh sistematik. Bila ditanya namanya .... DATIN FUJIKA. Wuh datin rupanya.
Jam 8.10 bas tiba dan bertolak 10 minit kemudian. Dengan kelajuan hanya 60 km/jam ke 80km/jam perjalanan dirasakan sungguh tenang. Sampai di stesen bas Tukoshima jam 10.30 . Anak tak sampai lagi. Terawal seperti yang dijanjikan. Nak guna handphone xboleh rooming pulak Nak x hendak guna juga public telephone. Kena beli kad telefon pulak. Mana pulak kedainya. Cuba tanya orang yg berdekatan guna bahasa Inggeris. Dijawab dengan bahasa jepun. Saya terus dibawa ke kedai menjual kad telefon. Kemudian lelaki itu terus mengajar saya macamana nak guna. Tapi tak boleh jugak. Cuba ke tempat lain tak boleh juga. Akhirnya lelaki itu cuba dapatkan pelan bandar Tokushima dan di highlight nya rumah anak berdasarkan alamat yang diberi. Dia suruh naik teksi. Saya kata saya tunggu 10 minit lagi. (Masalah telefon - No yg diberi 0081 8839 .... , Bila dial 8839 tak dapat. Kena dial 08839..... ) Kurang arif.
Tak sampai 2 minit anak pun sampai. Alhamdullilah. Lega.
Pengalaman ni di catatkan bagi menunjukkan sikap helpful dan mesranya orang2 Jepun. Walaupun mereka bukan Islam hubungan silatulrahim dan hormat menghormati sesama manusia telah menjadi budaya. Kita sebagai umat Islam patut mencontohi mana yang baik budaya mereka.
.
No comments:
Post a Comment