Sunday 18 July 2010

AKTIVITI RUTIN HARIAN

Tujuan melancung ke sini bukanlah untuk melancung sangatpun. Ianya lebih kepada untuk merehatkan minda dan memberi moral support kepada anak. So tak ada le berjalan selalu.

Aktiviti utama ialah memasak. Menunya tak boleh le seperti di Malaysia . Ye lah mengikut barang yang ada di sini. Nak makan keluar pun rasanya susah nak dapat makanan halal.

Menu2 yang mampu dimasak berdasarkan barang yang tersedia. Kari ikan atau ayam, pajri terung, sayur campur, pizza, makaroni bologne, cucur udang, doughnut, sambal ikan bilis, acar timun, Yang lain tu boleh juga tapi kena le ubah suai. Contohnya tepung gandum ada 3 jenis, plastik atasnya merah (superfine) oren (fine) dan hijau biasa. Tak sesuai buat doughnut atau pizza jadi keras. Susu cair kena guna susu dalam kotak, susu pekat dijual dalam tiup. Susu tepung macam biasa le.

No comments:

Post a Comment