Sunday, 18 July 2010

BIMBANG

Satu perkara yang membuatkan kita merasa tenang di sini adalah dari segi keselamatan. Mungkin ini berlaku di Tokushima tetapi tidak di Tokyo, Osaka  dan bandar2 besar. Pintu rumah apartment kami tak pernah dikunci. Walaupun kita keluar dan rumah ditinggal kosong insyaallah belum terjadi lagi kecurian.
  Semasa membeli di pasaraya, letaklah handbag di troli, belum ada yang berminat megambilnya. Malahan sukar di lihat polis berkeliaran mengawas keselamatan seperti di tempat kita. Mungkin di negara yang maju mereka tidak memikirkan untuk mendapat duit dengan senang.   ereka bekerja keras untuk mencari rezeki. Parking pun tak susah kerana pasaraya tidak terlalu sibuk walaupun dihujung minggu.
Semasa membayar, mulut jurujual tak berhenti bercakap sambil mengangguk2. Tak berhenti mengucapkan terima kasih. Malah kalau berjumpa di mana2 tempat di pasaraya mereka akan menyapa. Barang2 yang dijual memang fresh. Mereka memang mementingkan kualiti. Di pasar basah ikan yang dijual segar. Pasar basah tapi keadaan basah yang bersih dan kemas. Tak nampak pun sayur2 busuk berlonggok2 di bawah. Siap harga sama ada satu ekor atau satu talam. Harganya boleh tahan lah. Contohnya 4 ekor ikan (macam ikan selar tapi besar sikit) 500 yen. Sotong satu peket (500 gm harga 350 yen. Kebanyakan ikan besar2. Ikan salmon pun ada di jual tapi tak mampu nak beli.

No comments:

Post a Comment