Wednesday, 28 July 2010

Rabu 28 Julai 2010

Cuaca hari ini mendung dan hujan renyai2. Tapi kena keluar untuk mencari barang dapur yang dan semakin habis. Banyak kedai singgah untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Di sini setiap barang yang sama dijual dengan harga yang agak berbeza. Jadi kena pandai le mencari kedai2 tertentu untuk mendapatkan harga yang rendah. Mujurlah kedainya tidak berapa jauh antara satu sama lain.


A- Prize, tempat membeli barang2 basah dan barang2 masakan, sementara Daiki adalah kedai yang menjual barang2 kering. Kirindo adalah pasaraya yang menjual barangan pertukangan dan kelengkapan rumah . Dari sekecil2 paku hingga lah ke mesin basuh, mangkok tandas, papan lapis, alat2 berkebun malah dihadapannya penuh dengan pokok2 bunga untuk dijual.

Pada mulanya saya ingat pondok kecil itu ialah mesin ATM. Rupa2nya di situ diletakkan mesin untuk mencuci padi. Kebanyakan penduduk yang mempunyai tanah walaupun sedikit mereka akan menanam padi (Jentera semua disewa dari kerajaan) samada diupah aitau diusahakan sendiri. Bila mereka nak gunakan beras, mereka akan membersihnya di sini. Bayaran dikenakan.  
 

No comments:

Post a Comment