19 Julai 2010 adalah merupakan tarikh terakhir buat Dr Isma dan Syed menjadi penghuni Fujita Height. Kebetulan mereka adalah jiran sebelah apartment dan juga merupakan teman seasrama anak sulung saya semasa di SMSAH Jitra. Isma telah berada di sini hampir 10 tahun hingga mendapat PhD. Begitu juga suaminya menyambung pelajarannya di sini. Mereka dah ada dua orang anak Huzair dan Waiz berumur 2 dan 4 tahun. Merekalah tempat kami menghilangkan rindu kat cucu2. Cepat mesra. Di sini macam sebuah keluarga besar, masing2 ambil berat masalah kawan2. Ada beberapa famili Malaysia dan student bujang menyewa kat apartment ni. Memang tak rasa terasing.
Dari apartment boleh kelihatan Hospital besar Tokushima dan Universiti Tokushima. Tak sampai 1 km pun. Sebelahnya pula sawah padi yang menghijau. Saya merasa teruja apabila melihat tidak ada tanah yang terbiar. Setiap inci tanah di gunakan secara optimum. Sawah padi cukup mencantikkan permandangan.
Basikal menjadi kenderaan utama di sini. Semua student hanya dibenarkan menggunakan basikal atau berjalan kaki sahaja.
No comments:
Post a Comment