Friday, 30 July 2010

TESTING TESTING



Bila melihat hasil folkart artist2 folkart tu memang mengkagumkan. Berkobar2 rasa hati nak pergi belajar. Tapi ada saja halangannya, belum ada rezeki. Semuanya ketentuan Ilahi. Jadi bagi tidak menghampa diri sendiri maka cubaan demi cubaan dibuat. Maka pelbagai bahan menjadi mangsa. Tengoklah ada ke macam folkart atau macam ..... hi hi

Antara bahan yang menjadi mangsa ialah sudip kayu dan ayan, tempat tisu, cutting board etc asal jumpa j adi mangsa sang berus le. Insyaallah kalau dapat belajar secara lebih formal mungkin ada improvement agaknya. Hendak seribu daya, Mahu seribu cara (Pegangan ku)




























Wednesday, 28 July 2010

HARGAI MASA

Masa tidak menunggu  kita. Kita kena kejar masa. Bila waktu lapang saya cuba2 untuk menconting bahan2 yang ada dirumah, kira recycle le. Contohnya tempat simpanan CD dah diberi bafas baru,



Hasilnya tidak le seperti orang yang biasa melukis. janji colourfull. hi hi
Rabu 28 Julai 2010

Cuaca hari ini mendung dan hujan renyai2. Tapi kena keluar untuk mencari barang dapur yang dan semakin habis. Banyak kedai singgah untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Di sini setiap barang yang sama dijual dengan harga yang agak berbeza. Jadi kena pandai le mencari kedai2 tertentu untuk mendapatkan harga yang rendah. Mujurlah kedainya tidak berapa jauh antara satu sama lain.


A- Prize, tempat membeli barang2 basah dan barang2 masakan, sementara Daiki adalah kedai yang menjual barang2 kering. Kirindo adalah pasaraya yang menjual barangan pertukangan dan kelengkapan rumah . Dari sekecil2 paku hingga lah ke mesin basuh, mangkok tandas, papan lapis, alat2 berkebun malah dihadapannya penuh dengan pokok2 bunga untuk dijual.

Pada mulanya saya ingat pondok kecil itu ialah mesin ATM. Rupa2nya di situ diletakkan mesin untuk mencuci padi. Kebanyakan penduduk yang mempunyai tanah walaupun sedikit mereka akan menanam padi (Jentera semua disewa dari kerajaan) samada diupah aitau diusahakan sendiri. Bila mereka nak gunakan beras, mereka akan membersihnya di sini. Bayaran dikenakan.  
 

Sunday, 25 July 2010

BIDA DAN BIDA

Sebenarnya tak ada niat nak menyopping pun datang sini. Tapi ntah macamana sengaja menjengok web bida membida (Macam lelong.com.my kat Malaysia) Cuba cuba belajar membida(Semuanya dalam bahasa Jepun) Kena ada jurubahasa disebelah le. Ini lah hasilnya. Fiza jangan jealous.


Harga awal 4000 yen. Akhir pembidaan 6750 yen tambang shipping 600 yen . Jumlah kena bayar 7350 yen. (RM270.00) Puas hati.

 Yang pink tu dapat 5250 tambah shipping 700 yen. Jumlah 5950 yen (RM220)
Dua2 adalah Coach yang original tau.

Friday, 23 July 2010

ROTI OH ROTI

Bila dapat Home Bakery hati tak sabar nak buat. Cuba lah buat ikut resepi dan arahan yang dibuat. Tunggu sampai hampir 3 jam. Hasilnya ...... menyedihkan. Roti yang tadinya naik tup tuo jatuh. Sepatutnya 5 inci tinggal 2 inci.

Baca lagi arahan , rupanya ada beberapa kesalahan. Untuk sukatan tepung xboleh ikut bekas ukuran yang diberi. Itu hanya untuk cecair sahaja,  kena timbang. Kena beli penimbang le pulak. Ada penimbang nanti baru boleh buat lagi.



Kat sini tepung ada 3 jenis. Superfine (Plastik atas merah), fine (tiada dlm gambar) dan biasa (plastik hijau) Yang biru untuk buat cookies.







Yang ni pulak halia dan bawang putih yang telah hancur. Nak masak ceduk je. Rasanya 80% macam asli. Senang dan murah. Kalau tak salah bawang putih sebotol 498 yen. Halia mahal sikit.



Akhirnya setelah dikaji kesilapan roti tak jadi, percubaab seterusnya berjaya. Lepas ini baru lah boleh buat roti yang berperisa seperti roti carrot ke, pizza, doughnut. baru le best. Kali ni buat perisa kopi , saja letak kismis kat atasnya.

Thursday, 22 July 2010

Ke Arah mencari redhaNYA: Ustaz Muhammad Kazim Elias-6 Jahanam

Ke Arah mencari redhaNYA: Ustaz Muhammad Kazim Elias-6 Jahanam

PANAS

Hari ini baru terasa panas. Walaupun matahari tidak seterik Malaysia tetapi suhu agak panas. Kalau ada aircond kat bagus. Tak mengapa le. Kat Malaysia lain le apa nak semua ada hi hi. Walaupun jauh dirantauan tapi tidak le terasa sangat. dengan teknologi sekarang ni semua berita boleh diketahui. Melalui online TV (Dapat TV3, kekadang TV9 pun dapat), online akhbar dan FB. Tapi kena selalu le dok depan PC.

 Bila nak buat roti kena le beli tepung superfine. 1 kg 498 yen (RM18.00 ) Kalau tepung biasa kurang sikit dalam 368 yen (RM13.50) Terpaksa beli kalau nak makan. Nak buat cucur bawang pun macam kos nak buat pizza. Minyak kena jimat2. Kena recyle sampai 3 kali. Mula goreng keropok atau cucur, kemudian goreng ikan atau ayam then guna pulak goreng ikan masin. Masa baik Malaysia nanti harap sikap berhemah ni dapat diteruskan. Mudah2an diberkati Allah.

WAKTU SOLAT

Waktu solat kat sini buat masa ini tak banyak beza. Cuma waktu Subuh yang agak ketara bezanya.
Subuh    - 3.29 am
Syuruk   - 5.07 am
Zohor     - 12.11 pm
Asar      - 3.56 pm
Maghrib  - 7.14 pm
Isya       - 8.46 pm               

TIDAK ADA ALASAN UNTUK TIDAK BERSOLAT


Di sini pukul 5 pagi dah terang benderang. Mula2 datang dulu buat breakfast pukul 5 pagi. Orang lain nyenyak dibuat mimpi kita dok masak kat dapur. Sekarang ni dah boleh ubahsuai. Bangun pun dah terlajak sampai pukul 7 lebih sebab dah solat Subuh.

Bila dilihat dinding2 bangunan di sini kelihatan bersih dan susah nak lihat dinding yang berlumut. Mungkin ini disebabkan faktor cuaca. Negara kita hujan sepanjang tahun menyebabkan dinding mudah berlumut. Di sini diperhatikan kebanyakan dinding bangunan dibuat dari tile. Jadu memang susah nak berlumut. Tak kira samada bangunan kerajaan (Hospital, pejabat) atau apartment, banglo dsb kebanyakannya bertile. Mungkin kos yang tinggi tapi untuk jangka panjang ia menjimatkan.


Di Malaysia juga sudah mula menggunakan tile untuk dinding. Nampak kemas dan bersih.
Ini adalah gambar Hospital Tukoshima dan apartmen kediaman. Semua bertile

Wednesday, 21 July 2010

TOKYO dan OSAKA

Malam semalam Hasnol naik bas ke Tokyo. Asal cadangan kami nak ikut sama. Tapi memandangkan Hasnol kena balik cepat ada ujian jadi rasanya tak perlu kami pergi. Tambang bas pergi balik untuk student 16 000 yen (RM586.00) Kalau kami sorang lebih RM700. Tak ekonomik le pulak nak pergi sekejap je. Tunggu le masa lain nanti. So hari ni kami cadang nak ronda2 kawasan ni je.

Cuaca dah mula panas. Dah  33C. Bunyi riang2 menandakan musim panas akan bermula. Langit dah mula cerah.

Teringat masa pergi USJ (Universal Studio Japan ) di Osaka tahun 2008 dulu. Bila ramai ada budak2 baru happening sikit. Kalau 2 orang ni macam xbest rasanya pergi tempat macam tu.





TOKYO DI WAKTU MALAM



Tuesday, 20 July 2010

Jemput lah singgah di blog ini pulak
http://dekoimpian-oldiestouch.blogspot.com/

HOME BAKERY

Ting Tong , loceng pintu berbunyi. Bila di buka, gembira rasanya sebab barang yang ditunggu dah tiba. Atas saranan jiran Home bakery ini adalah satu2 peralatan yang berguna. Apa taknya masuk tepung dll tunggu 3 jam terus keluar roti. Tak payah nak uli sampai berpeluh2. Memang mudah. Tak berani guna lagi sebab xfaham manualnya. Buta huruf . Tak tau membaca. Selamat mencuba. Sapa2 nak pesan bagitau. Harganya cuma 6780 yen termasuk penghantaran. (RM248.00) Murahkan.

WHEEL CHAIR ROBOTIC




Project akhir Hasnol Wheel Chair Robotic. Sian dia struggle nak siapkan. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 1 atau 2 pagi baru balik. Balik cuma untuk makan dan solat.


 Tak pe le semua orang pun struggle macam tu gak. Bukan senang nak senang. Susah -susah le dulu.



 Apa yang diberitau kepada saya. Tugasannya.

 Menyediakan sensor untuk membolehkan wheel chair ini berjalan sendiri ke satu tempat yang diarahkan. Di samping itu satu sensor juga perlu disediakan bagi membolehkan kerusi ini mengelakkan daripada halangan di hadapan.

 Senanglah hospital nanti nak ambil wheel chair guna remote je. Wheel chair datang sendiri. Kurang le kerja pembantu hospital. Acah je.




OBESITI

Satu perkataan yang sensitif. Cuma nak kongsi apa yang dilihat di Tukoshima ni. Sepanjang penglihatan (Mungkin mata dah kabur xtau le) saya tak pernah lihat seorang pun yang boleh dikategorikan sebagai obesiti. Kalau nak cari yang skinny tu memang ramai. Kenapa agaknya ye. (Jangan le sebut pasal SUMO. Yang tu memang dibentuk) 
Mungkinkah dari segi amalan pemakanan atau
Mungkinkah budaya kehidupan - Masyarakatnya suka jalan cepat, basikal menjadi kenderaan utama dan sentiasa aktif bergerak atau bekerja.atau
Pengetahuan ilmu kesihatan mereka yang tinggi
Entahlah. Dah keturunan agaknya. 
Warga emas yang saya kira berumur 70 atau 80 tahun masih kuat mendayung basikal. Student baik sekolah, baik Universiti semuanya naik basikal. Telinga pun tak bingik, carbon monoxide pun tak ada, jalan tak sesak malah accident pun kurang sangat. Aman je. Harap2 satu hari nanti Malaysia boleh ikut cara ni. Boleh ke??????
Anyway Malaysia always the best