Monday, 23 August 2010

BESTNYA DUDUK KAT MALAYSIA

Bila tengok barang dapur banyak yang habis, petang tu pergi le ke Pasaraya berdekatan untuk memenuhkan balang2 dan tupperware yang dah kosong. Penuh satu troli beli barang. Masa bayar kat kaunter, dalam anggaran minda mesti RM200++. Bila dikira cuma RM127.80. Biar betul..... Maka teringat lah semasa berada di Tokushima.

Kalau pergi pasaraya untuk membeli barang2 dapur  (Tak banyak yang boleh dibelipun) itupun yang asas je, paling sikit 10 000 yen (RM370.00) . Bawang besar 7 biji dah dekat RM10.00, gula 1 kg RM7. Beras 10kg RM91.00, ayam satu paket hampir RM40.00, minyak masak 1 liter RM10.00. Sayur2an , buah2an semuanya sukar untuk dipercayai harganya. Maklum lah negara maju, pendapatan diorang tinggi,(Dengar cerita fresh graduate paling sikit 200,000 yen (RM7 400)),  maka cost of living pun mesti lah tinggi. Kerja sana duduk sana , xjadi masalah. Yang bermasalah kerja di Malaysia nak berbelanja di Jepun..... rabak

 Maka sesungguhnya "Malaysia always the best:"

No comments:

Post a Comment