Saturday, 14 August 2010

SOLAT JUMAAT

Walaupun berpuasa, tapi kena juga mencari barang2 keperluan harian dan untuk dibawa balik. Selepas membeli barang2 dapur, waktu Dzohor lagi 30 minit. Kamipun terus ke Masjid Tokushima untuk menunaikan Solat Jumaat.

Sebenarnya Masjid ini baru saja dibina. Asalnya sebuah kilang yang dibeli hasil dari kutipan derma dari kaum2 muslim di serata Jepun. Kebanyakan student dari seluruh pelusuk terutamanya Malaysia, Mesir dan lain2 berusaha mendapatkan dana bagi membina masjid ini. Masjid ini  merupakan bangunan 2 tingkat. atas untuk jemaah wanita sementara di bawah pula untuk lelaki. Atas usaha pak Arab di sini barang2 keperluan yang halal ada dijual seperti daging, ayam, daging kambing, dll.

Apabila tiba waktu solat Jumaat ramai kaum wanita juga turut menunaikan Solat Jumaat. Kaum wanita kira2 dalam 20 orang, sementara lelaki difahamkan dalam 80 orang. Ada yang dari Mesir, Filipina, Iran dsb. Sempat juga le bersembang sementara menunggu khutbah bermula.

                       Ini lah masjid Tokushima yang dibina atas kutipan orang2 Islam Jepun

No comments:

Post a Comment