Sunday, 22 August 2010

TANAH AIRKU

Akhirnya tepat jam 6.15 petang kami sampai ke KLIA selapas singgah di Kota Kinabalu sekejap. Rasa tak sabar nak balik Ipoh.

Teringat peristiwa di Kansai International Airport, Osaka. Bila timbang berat terlebih 5 kg. Selalu mereka boleh kompromi sebab lebih pun 5 kg utuk 2 orang. Kali ni xboleh. (Bila tiba musim Summer Holiday flight penuh) Bila tanya berapa chargenya ... 12 500 yen (Lebih RM400) Tak berbaloi langsung. Memang dah plan kalau berlebih berat nak pos satu kotak balik Tokushima. Dalam RM60 je. Dalam masa pergi ke post Office )Dalam airport gak, terfikir pulak kalau kotak itu dibawa tangan )Hand luggage. Nasib le masa tu student Malaysia ramai. Panggil seorang minta tolong cakapkan kot boleh bawa tangan. Setelah sukat sana sukat sini dia kata bawa la, cuma ditakuti semasa scan satu lagi nanti.

Masih lagi susah hati takut tak lepas. Atas pertolongan Allah, lepas jugak. Alhamdullilah.

Jadi duit yang anak bekalkan tu boleh le beli kuih2 jepun / ole2 untuk anak buah. (Kuih pun tak semua halal kena hati2). Nasib student2 tu sama 2 membeli. Mereka tahu le mana yg halal dan tidah denga melihat ingredient nya.

Anak yang sulung Hafiz ambil di Airport terus pergi Bangi rumah anak perempuan Hafiza. Mak datuk makanan yang disediakan untuk kami macam nak buat kenduri kecil. Macam2 ada... sate, murtabak, ayam percik, dan , dan ,,,,,,.tak termakan. Bekalan oleh MAS pun kami tak usik. Penat sangat.

Alhamdullillah. Hari Khamis sampai ke Ipoh. Rumah alhamdullah selamat. Cuma kena bersihkan lantai dan penstoran sebab lipas telah bermahajalela.

Sabtu bermula lah aktiviti yang rutin, berurusniaga dengan pelanggan. Alhamdullilah pelanggan masih setia

No comments:

Post a Comment