Saturday 4 September 2010

MENJELANG AIDIL FITRI

Suasana Aidil Fitri makin terasa, terutama bagi kanak2. Di radio dan TV lagu Aidil Fitri sentiasa dimainkan. Apa yang seronoknya Aidil Fitri....... Bagi kita yang dewasa ni seronok sebab telah dapat menjalankan kewajipan Rukun Islam ke-3 , manalah tau tahu entah2 inilah Ramadhan terkira buat kita. Di bulan yang baraqah inilah kita banyak tumpukan masa untuk beribadah. Moga ibadah kita diterima olehNya.
                 Aku merasakan kalau boleh biarlah dilambatkan lagi Hari Raya ini. Kepuasan dan ketenangan masa Qiamullail amat dirasakan. Ingatan untuk diri sendiri supaya menganggap setiap bulan adalah bulan Ramadhan agar amalan Qiamullail tidak terhenti. Dapat dilakukan setiap malam, bukan ikut kata mata (Kalau mengantuk xbangun le jawabnya). Tawaran bulan Ramadhan hanya setahun sekali, mana mungkin dilepaskan.
                 Dalam mengejar akhirat, dunia juga xboleh dilupakan. tempahan semakin habis, maaf le kepada sahabat2 yang terpaksa ditolak tempahan. Lepas raya kita sambung balik ye. Bila tengok buku tempahan dan nak settle baru rasa teringin nak buat untuk rumah sendiri. Betul kata orang penjahit pakaian selalu pakaian sendiri xterjahit., tukang rumah ruah sendiri xdibuat.
                 Bahan2 kuih dah dibeli. Bila nak buat tu. Harap xjadi macam tahun lepas bahan kuih terpaksa disimpan kerana xde masa nak buat. Hari selasa anak dah mula balik. Bestnya dapat main dengan cucunda2. Tak jadi kerja nanti. Itulah sebabnya terpaksa disiapkan semua tempahan awal. Kalau ada cucunda , lebih seronok bermain dan melayan kerenah cucunda dari menghadap mesin jahit.
                Dua tiga hari lagi rasanya tempahan yang siap ni habislah mereka ambil. Semak tengok bertimbun bungkusan2 plastik langsir.
               

No comments:

Post a Comment