Sunday, 13 March 2011

LAWATAN KE PERTH AUSTRALIA

Lawatan  ke Perth bersama Pesara2 Guru diketuai oleh Hjh Rohani Yahya.

24/2/11 : Bertolak dari Ipoh dengan Star Shuttle Bus jam 1.30 pm. Sampai di LCCT jam 4.30pm. Sempat solat Jamak Taakhir di LCCT. Bertolak dengan pesawat D7 2714 jam 1150pm.


25/2/11 Sampai di Airport Perth jam 5.50 am. Waktu Perth sama waktu Malaysia, tak perlu adjust jam. Subuh di airport je.

Coach Valentino Holidays sedia menanti di Airport. Terus dibawa melawat ke Neil Hawkins Bird Park, Sorrento Quay, Lake Monger dan Hillary Boat Harbour. Dalam kepenatan terpaksa akur dengan program yang di atur. Terus ke King Park. Dalam perjalanan melalui Parliment House, Barrack St Jerry, Bell Tower. Cuma tengok sekejap untuk bergambar, program padat.

Lunch di Rasa Nyonya Penang di East Victoria Park. Makanan halal, rasa ok le

Check in Hotel jam 5.00pm. Memang penat. Pukul 6 nak lunch pulak
. Jam 6 terus pergi lunch di Takaza Restoran di William St Northbridge. Halal, rasa ok le. Dah lapar semua sedap.

Balik hotel, tidur , kepenatan. Esok nak bangun awal. Subuh jam 4.51am

26/2/11 (Sabtu) Lepas breakfast kat hotel, jalan lagi.
                     Kali ni pergi ke Fruit Orchard... melihat kebun Plam dan peach. Dilarang menyentuh buah. Cuma boleh bergambar
Perjalanan yang agak jauh ke Mandurrah. Di sini memang seronok . Program  Canal & Estuary Cruise. Melihat canal buatan. cantik sangat.
Menyusur canal dikelilingi perumahan moden yang cantik siap dengan parking bay untuk boat mereka. Betul le kata orang back to basis. Dah jadi orang zaman purba. Duduk tepi laut guna kenderaan air. Rumah2 sekitar canal memang mengkagumkan. Cantik macam mahligai. Sambil menyusuri canal sempat melihat black swam(susah dilihat) ikan dolphin. sporting sunggoh pemandu cruise tu, siap undur nak bagi tengok dolphin lagi.

Sambung kemudian

Tuesday, 14 September 2010

AIDIL FITRI

Aidil fitri datang dan pergi. Seronok nya kemeriahan raya kali ni. Berkumpul sanak saudara , yang jauh datang berkunjung mengeratkan silatulrahim. yang dekat datang bertandang merapatkan tali persaudaraan. Biarpun penat tapi semuanya mengembirakan. Nak berjumpa selalu seperti ini memang sukar sebab masing2 punya komitmen lain. Merantau mencari rezeki. Kalau selalu jumpa mungkin kemeriaahan kurang dirasakan. Jumpa sekali sekali baru le happening.

Saturday, 4 September 2010

MENJELANG AIDIL FITRI

Suasana Aidil Fitri makin terasa, terutama bagi kanak2. Di radio dan TV lagu Aidil Fitri sentiasa dimainkan. Apa yang seronoknya Aidil Fitri....... Bagi kita yang dewasa ni seronok sebab telah dapat menjalankan kewajipan Rukun Islam ke-3 , manalah tau tahu entah2 inilah Ramadhan terkira buat kita. Di bulan yang baraqah inilah kita banyak tumpukan masa untuk beribadah. Moga ibadah kita diterima olehNya.
                 Aku merasakan kalau boleh biarlah dilambatkan lagi Hari Raya ini. Kepuasan dan ketenangan masa Qiamullail amat dirasakan. Ingatan untuk diri sendiri supaya menganggap setiap bulan adalah bulan Ramadhan agar amalan Qiamullail tidak terhenti. Dapat dilakukan setiap malam, bukan ikut kata mata (Kalau mengantuk xbangun le jawabnya). Tawaran bulan Ramadhan hanya setahun sekali, mana mungkin dilepaskan.
                 Dalam mengejar akhirat, dunia juga xboleh dilupakan. tempahan semakin habis, maaf le kepada sahabat2 yang terpaksa ditolak tempahan. Lepas raya kita sambung balik ye. Bila tengok buku tempahan dan nak settle baru rasa teringin nak buat untuk rumah sendiri. Betul kata orang penjahit pakaian selalu pakaian sendiri xterjahit., tukang rumah ruah sendiri xdibuat.
                 Bahan2 kuih dah dibeli. Bila nak buat tu. Harap xjadi macam tahun lepas bahan kuih terpaksa disimpan kerana xde masa nak buat. Hari selasa anak dah mula balik. Bestnya dapat main dengan cucunda2. Tak jadi kerja nanti. Itulah sebabnya terpaksa disiapkan semua tempahan awal. Kalau ada cucunda , lebih seronok bermain dan melayan kerenah cucunda dari menghadap mesin jahit.
                Dua tiga hari lagi rasanya tempahan yang siap ni habislah mereka ambil. Semak tengok bertimbun bungkusan2 plastik langsir.
               

Monday, 23 August 2010

BESTNYA DUDUK KAT MALAYSIA

Bila tengok barang dapur banyak yang habis, petang tu pergi le ke Pasaraya berdekatan untuk memenuhkan balang2 dan tupperware yang dah kosong. Penuh satu troli beli barang. Masa bayar kat kaunter, dalam anggaran minda mesti RM200++. Bila dikira cuma RM127.80. Biar betul..... Maka teringat lah semasa berada di Tokushima.

Kalau pergi pasaraya untuk membeli barang2 dapur  (Tak banyak yang boleh dibelipun) itupun yang asas je, paling sikit 10 000 yen (RM370.00) . Bawang besar 7 biji dah dekat RM10.00, gula 1 kg RM7. Beras 10kg RM91.00, ayam satu paket hampir RM40.00, minyak masak 1 liter RM10.00. Sayur2an , buah2an semuanya sukar untuk dipercayai harganya. Maklum lah negara maju, pendapatan diorang tinggi,(Dengar cerita fresh graduate paling sikit 200,000 yen (RM7 400)),  maka cost of living pun mesti lah tinggi. Kerja sana duduk sana , xjadi masalah. Yang bermasalah kerja di Malaysia nak berbelanja di Jepun..... rabak

 Maka sesungguhnya "Malaysia always the best:"

Sunday, 22 August 2010

TANAH AIRKU

Akhirnya tepat jam 6.15 petang kami sampai ke KLIA selapas singgah di Kota Kinabalu sekejap. Rasa tak sabar nak balik Ipoh.

Teringat peristiwa di Kansai International Airport, Osaka. Bila timbang berat terlebih 5 kg. Selalu mereka boleh kompromi sebab lebih pun 5 kg utuk 2 orang. Kali ni xboleh. (Bila tiba musim Summer Holiday flight penuh) Bila tanya berapa chargenya ... 12 500 yen (Lebih RM400) Tak berbaloi langsung. Memang dah plan kalau berlebih berat nak pos satu kotak balik Tokushima. Dalam RM60 je. Dalam masa pergi ke post Office )Dalam airport gak, terfikir pulak kalau kotak itu dibawa tangan )Hand luggage. Nasib le masa tu student Malaysia ramai. Panggil seorang minta tolong cakapkan kot boleh bawa tangan. Setelah sukat sana sukat sini dia kata bawa la, cuma ditakuti semasa scan satu lagi nanti.

Masih lagi susah hati takut tak lepas. Atas pertolongan Allah, lepas jugak. Alhamdullilah.

Jadi duit yang anak bekalkan tu boleh le beli kuih2 jepun / ole2 untuk anak buah. (Kuih pun tak semua halal kena hati2). Nasib student2 tu sama 2 membeli. Mereka tahu le mana yg halal dan tidah denga melihat ingredient nya.

Anak yang sulung Hafiz ambil di Airport terus pergi Bangi rumah anak perempuan Hafiza. Mak datuk makanan yang disediakan untuk kami macam nak buat kenduri kecil. Macam2 ada... sate, murtabak, ayam percik, dan , dan ,,,,,,.tak termakan. Bekalan oleh MAS pun kami tak usik. Penat sangat.

Alhamdullillah. Hari Khamis sampai ke Ipoh. Rumah alhamdullah selamat. Cuma kena bersihkan lantai dan penstoran sebab lipas telah bermahajalela.

Sabtu bermula lah aktiviti yang rutin, berurusniaga dengan pelanggan. Alhamdullilah pelanggan masih setia

Monday, 16 August 2010

SUKA DAN DUKA

Hari ini merupakan hari terakhir aku di Tokushima ni. Memang seronok nak balik Malaysia. Lama sangat rasanya kat sini. Kalau lah ini Malaysia memang best sebab aku sukakan budaya dan sikap orang2 di sini. Cuma itu le rabak sikit. Nak beli ole2 untuk sedara mara pun susah, semuanya mahal2.

Di sini kebanyakan kedai tidak menyediakan kemudahan Kad Kredit dan mereka pun memang jarang gunakannya. Ini menjadi masalah kepada kita pelancung. Kena guna tunai. Kita tak dapat agak berapa nak guna sebab lama. Money changer pun tak jumpa. Huh susah...... So far baru 3 kedai yang boleh guna kad kredit, itu pun barang2nya xmenarik. 

Untuk membeli barang dapur semua kena tunai. Segan juga asyik mengendeng duit anak je. Dia pun JPA bagi. Malam nanti lepas sahur dalam pukul 3.00 am kami akan bertolak ke airport. Anak kata nak hantar, nak merasakan kami naik ferry pulak. Flight MH52 akan bertolak pukul 11.00 am . Singgah kat Kota Kinabalu dan sampai KLIA dalam pukul 6.45 pm. Itu pun kalau xdelay.Nampaknya buka puasa kat KLIA le.

Kalau boleh nak bawa anak balik sekali, xsampai hati nak tinggalkan dia di bulan puasa ni. Sabo mama, sebulan lagi balik le. Itu pun dia xnak tunggu majlis Convo. Di sini convo xmeriah. Peliknya xnaik pentas pun.

Dah terbayangkan cucu2 kat Malaysia, Muhamad Aiman Hakimi, Muhamad Akmal Hazim, Izza Maisara dan Azhad Hadif. Tak puas rasanya skype je. Kalau jalan hanya teringat nak beli apa kat mereka. Anak2 dah besar tak payah le hi hi. 


 Masukkan sikit2 gambar Tokushima buat kenangan.
 
 
 
 
 
 
Cucunda yang dirindui....
 
Azhad Hadif yang suka ketawa ... rindunya







MuhamadAiman Hakimi yang selalu gaduh dengan opah : Rindu lama tak gaduh/



Princess Sara ni suka melaram dan berlakun. Rindu opah kat sarah tau



MuhamadAkmal Hazim yang suka cakap London. Pantang jumpa camera. Nak jadi cameraman ke Hazim







Sunday, 15 August 2010

FA LAGI

Memandangkan masa masih ada makan terhasillah FA yang xsepertinya ini. Harap2 ada le orang yang berkenan