Wednesday, 28 July 2010

HARGAI MASA

Masa tidak menunggu  kita. Kita kena kejar masa. Bila waktu lapang saya cuba2 untuk menconting bahan2 yang ada dirumah, kira recycle le. Contohnya tempat simpanan CD dah diberi bafas baru,



Hasilnya tidak le seperti orang yang biasa melukis. janji colourfull. hi hi
Rabu 28 Julai 2010

Cuaca hari ini mendung dan hujan renyai2. Tapi kena keluar untuk mencari barang dapur yang dan semakin habis. Banyak kedai singgah untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Di sini setiap barang yang sama dijual dengan harga yang agak berbeza. Jadi kena pandai le mencari kedai2 tertentu untuk mendapatkan harga yang rendah. Mujurlah kedainya tidak berapa jauh antara satu sama lain.


A- Prize, tempat membeli barang2 basah dan barang2 masakan, sementara Daiki adalah kedai yang menjual barang2 kering. Kirindo adalah pasaraya yang menjual barangan pertukangan dan kelengkapan rumah . Dari sekecil2 paku hingga lah ke mesin basuh, mangkok tandas, papan lapis, alat2 berkebun malah dihadapannya penuh dengan pokok2 bunga untuk dijual.

Pada mulanya saya ingat pondok kecil itu ialah mesin ATM. Rupa2nya di situ diletakkan mesin untuk mencuci padi. Kebanyakan penduduk yang mempunyai tanah walaupun sedikit mereka akan menanam padi (Jentera semua disewa dari kerajaan) samada diupah aitau diusahakan sendiri. Bila mereka nak gunakan beras, mereka akan membersihnya di sini. Bayaran dikenakan.  
 

Sunday, 25 July 2010

BIDA DAN BIDA

Sebenarnya tak ada niat nak menyopping pun datang sini. Tapi ntah macamana sengaja menjengok web bida membida (Macam lelong.com.my kat Malaysia) Cuba cuba belajar membida(Semuanya dalam bahasa Jepun) Kena ada jurubahasa disebelah le. Ini lah hasilnya. Fiza jangan jealous.


Harga awal 4000 yen. Akhir pembidaan 6750 yen tambang shipping 600 yen . Jumlah kena bayar 7350 yen. (RM270.00) Puas hati.

 Yang pink tu dapat 5250 tambah shipping 700 yen. Jumlah 5950 yen (RM220)
Dua2 adalah Coach yang original tau.

Friday, 23 July 2010

ROTI OH ROTI

Bila dapat Home Bakery hati tak sabar nak buat. Cuba lah buat ikut resepi dan arahan yang dibuat. Tunggu sampai hampir 3 jam. Hasilnya ...... menyedihkan. Roti yang tadinya naik tup tuo jatuh. Sepatutnya 5 inci tinggal 2 inci.

Baca lagi arahan , rupanya ada beberapa kesalahan. Untuk sukatan tepung xboleh ikut bekas ukuran yang diberi. Itu hanya untuk cecair sahaja,  kena timbang. Kena beli penimbang le pulak. Ada penimbang nanti baru boleh buat lagi.



Kat sini tepung ada 3 jenis. Superfine (Plastik atas merah), fine (tiada dlm gambar) dan biasa (plastik hijau) Yang biru untuk buat cookies.







Yang ni pulak halia dan bawang putih yang telah hancur. Nak masak ceduk je. Rasanya 80% macam asli. Senang dan murah. Kalau tak salah bawang putih sebotol 498 yen. Halia mahal sikit.



Akhirnya setelah dikaji kesilapan roti tak jadi, percubaab seterusnya berjaya. Lepas ini baru lah boleh buat roti yang berperisa seperti roti carrot ke, pizza, doughnut. baru le best. Kali ni buat perisa kopi , saja letak kismis kat atasnya.

Thursday, 22 July 2010

Ke Arah mencari redhaNYA: Ustaz Muhammad Kazim Elias-6 Jahanam

Ke Arah mencari redhaNYA: Ustaz Muhammad Kazim Elias-6 Jahanam

PANAS

Hari ini baru terasa panas. Walaupun matahari tidak seterik Malaysia tetapi suhu agak panas. Kalau ada aircond kat bagus. Tak mengapa le. Kat Malaysia lain le apa nak semua ada hi hi. Walaupun jauh dirantauan tapi tidak le terasa sangat. dengan teknologi sekarang ni semua berita boleh diketahui. Melalui online TV (Dapat TV3, kekadang TV9 pun dapat), online akhbar dan FB. Tapi kena selalu le dok depan PC.

 Bila nak buat roti kena le beli tepung superfine. 1 kg 498 yen (RM18.00 ) Kalau tepung biasa kurang sikit dalam 368 yen (RM13.50) Terpaksa beli kalau nak makan. Nak buat cucur bawang pun macam kos nak buat pizza. Minyak kena jimat2. Kena recyle sampai 3 kali. Mula goreng keropok atau cucur, kemudian goreng ikan atau ayam then guna pulak goreng ikan masin. Masa baik Malaysia nanti harap sikap berhemah ni dapat diteruskan. Mudah2an diberkati Allah.

WAKTU SOLAT

Waktu solat kat sini buat masa ini tak banyak beza. Cuma waktu Subuh yang agak ketara bezanya.
Subuh    - 3.29 am
Syuruk   - 5.07 am
Zohor     - 12.11 pm
Asar      - 3.56 pm
Maghrib  - 7.14 pm
Isya       - 8.46 pm               

TIDAK ADA ALASAN UNTUK TIDAK BERSOLAT


Di sini pukul 5 pagi dah terang benderang. Mula2 datang dulu buat breakfast pukul 5 pagi. Orang lain nyenyak dibuat mimpi kita dok masak kat dapur. Sekarang ni dah boleh ubahsuai. Bangun pun dah terlajak sampai pukul 7 lebih sebab dah solat Subuh.

Bila dilihat dinding2 bangunan di sini kelihatan bersih dan susah nak lihat dinding yang berlumut. Mungkin ini disebabkan faktor cuaca. Negara kita hujan sepanjang tahun menyebabkan dinding mudah berlumut. Di sini diperhatikan kebanyakan dinding bangunan dibuat dari tile. Jadu memang susah nak berlumut. Tak kira samada bangunan kerajaan (Hospital, pejabat) atau apartment, banglo dsb kebanyakannya bertile. Mungkin kos yang tinggi tapi untuk jangka panjang ia menjimatkan.


Di Malaysia juga sudah mula menggunakan tile untuk dinding. Nampak kemas dan bersih.
Ini adalah gambar Hospital Tukoshima dan apartmen kediaman. Semua bertile