Saturday, 14 August 2010

AWA ODORI

(Dapatkan video clip di facebook)



Minggu ini merupakan hari perayaan di sini. Pelbagai acara di adakan. Sekarang ni musim menuai. Padi menguning. Kebiasaannya musim ni mereka bercuti dan mengadakan fiesta Awa Odori, samalah macam kita Pesta menuai, Gawai dsbnya.

Petang tu pergi le ronda tengok persediaan mereka. Merata jalan dihiasi dengan gantungan2 macam tanglong. Kami lalau kat pentas utama. Ada disediakan tempat duduk tapi harga nya agak mahal, asa yang sampai 1800 yen. Kalau nak datang tengok malam nanti xtak boleh bawa kereta. Kena jalan kaki.

Kami hanya tengok melalui siaran langsung TV. Memang ramai. Acaranya kebanyakannya tarian dengan pelbagai jenis pakaian yang tidak lari dari konsep kimono. Yang menariknya warga emas yang dianggar berumur 80tahun masih lagi sanggup menyertainya. Begitu juga dengan kanak2. Berarak sambil menari. Tariannya simple tapi  susah kerana terpaksa membongkok dengan tumit kaki ke atas. Macam penari ballet je.











COIN

Di sini wang syilling (coin lebih mereka fahami) memang digunakan. Nilainya dari 1 yen hingga 500 yen.


Wang kertas dari 1000 yen hingga lah 50 000 yen.

























SOLAT JUMAAT

Walaupun berpuasa, tapi kena juga mencari barang2 keperluan harian dan untuk dibawa balik. Selepas membeli barang2 dapur, waktu Dzohor lagi 30 minit. Kamipun terus ke Masjid Tokushima untuk menunaikan Solat Jumaat.

Sebenarnya Masjid ini baru saja dibina. Asalnya sebuah kilang yang dibeli hasil dari kutipan derma dari kaum2 muslim di serata Jepun. Kebanyakan student dari seluruh pelusuk terutamanya Malaysia, Mesir dan lain2 berusaha mendapatkan dana bagi membina masjid ini. Masjid ini  merupakan bangunan 2 tingkat. atas untuk jemaah wanita sementara di bawah pula untuk lelaki. Atas usaha pak Arab di sini barang2 keperluan yang halal ada dijual seperti daging, ayam, daging kambing, dll.

Apabila tiba waktu solat Jumaat ramai kaum wanita juga turut menunaikan Solat Jumaat. Kaum wanita kira2 dalam 20 orang, sementara lelaki difahamkan dalam 80 orang. Ada yang dari Mesir, Filipina, Iran dsb. Sempat juga le bersembang sementara menunggu khutbah bermula.

                       Ini lah masjid Tokushima yang dibina atas kutipan orang2 Islam Jepun

Thursday, 12 August 2010

MUZIUM TOKUSHIMA

Muzium Tokushima.. ..Bila Hasnol habis tugasan, baru le senang hati nak ajak pegi manapun. Tapi dalam bulan baraqah Ramadhan Al Mubaraq ini rasanya nak berjalan jauh jauh xlarat. Aku dan suami pun xsihat sangat. Kami cuba jalan ke Muzium Tokushima. Bayarannya Parking 310 yen, masuk 300 yen sorang.

Pamerannya ok cuma masalahnya dah kami buta huruf, tengok je le. Malas nak suruh anak translatekan. Pelancung Inggeris bagitau best sangat. Depa tu tourist Guide yang explain kot. Dilarang bergambar. Tengok je le.


Lepas tu jalan menyopping sikit2. Hujung2 ni poket pun dah ringan, xde le shopping sangat. Beli barang keperluan dapur je.

































Monday, 2 August 2010

MEMANTAU

Hafiza bagitau mentuanya tak dapat lagi tunggu untuk memantau Pembantu Rumah menjaga anak2nya. Biasanya mama le jadi pengganti. Sekarang ni dah dok jauh. Cuma ada satu cara je guna teknologi Skype. Dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang kedua2 skype kami sentiasa on. Sambil2 sembang dapat juga le memantau. Bukan itu sahaja siap tolong Aiman buat homework sekolah lagi. Nasib le kami pun tak jalan pergi mana.

Hasnol pulak last exam semalam. Tunggu siapkan project Robotic Wheel Chair dan thesis. Kalau lepas sayonara le Tokushima. Dia dah xsabar nak balik

Bahan nak dijadikan mangsa folkart dah habis apa lagi menyopping le malam tu. Habis lebih 5000 yen. Tau le barang2 mahal. Malam xde pic nak share

Friday, 30 July 2010

TESTING TESTING



Bila melihat hasil folkart artist2 folkart tu memang mengkagumkan. Berkobar2 rasa hati nak pergi belajar. Tapi ada saja halangannya, belum ada rezeki. Semuanya ketentuan Ilahi. Jadi bagi tidak menghampa diri sendiri maka cubaan demi cubaan dibuat. Maka pelbagai bahan menjadi mangsa. Tengoklah ada ke macam folkart atau macam ..... hi hi

Antara bahan yang menjadi mangsa ialah sudip kayu dan ayan, tempat tisu, cutting board etc asal jumpa j adi mangsa sang berus le. Insyaallah kalau dapat belajar secara lebih formal mungkin ada improvement agaknya. Hendak seribu daya, Mahu seribu cara (Pegangan ku)